CABARAN
DAN HARAPAN DALAM PENDIDIKAN
MENGHADAPI ALAF BARU
MENGHADAPI ALAF BARU
Oleh
Mohamad Bin Muda
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang
terbaik di Dunia
Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang
kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru
hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)
Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang
kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru
hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)
Pendahuluan
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan
negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru,
yang akan menjelang dua tahun akan
datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat
menangani cabaran-cabaran abad ke-2 1.
Sistem pendidikan akan berubah
sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan
pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang
atau bahan mentah. Budaya koperat
yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan
kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan
sesuatu institusi, organsisasi atau
negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang
perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang
kepada pembangunan bangsa dan negara.
Perdana Menteri Malaysia, YAB
Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40
baru-baru ini, telah meminta
rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari
segala sudut, dari ilmu
pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi
sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat
tidak bersedia menghadapi
perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau
mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan
antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga
Perdana Menteri dalam ucapannya
memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".
Cabaran Alaf Baru
Perubahan-perubahan yang hebat
dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan
dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi
cabaran-cabaran itu sudah
wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang
baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.
Dalam Persidangan Pendidikan
Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua
cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu
ditangani dan diatasi ke arah membentuk
masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah
pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
a.
a. Pembinaan Budaya Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting
dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order
thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan
sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai
ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud,
menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan
kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala
tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang
meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam
kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa
dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat
futuristik, maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinankemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi
yang global, kebanjiran teknologi
tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat
sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak
dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang
global dan teknologi yang terkin, serta berupaya
menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
b.
b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia
Perkembangan ekonomi dan industri
yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan
sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana
Menteri , Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan
lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif
masyarakat madani ialah: "suatu sistem
sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin
keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.
Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem
sosial yang cekap dan saksama serta
perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan
individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta ketelusan(transprency)
sistem.
Cabaran yang sedia wujud seperti
masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah,
ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini
sebagai satu peluang (opptunity)
secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum
persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan
masyarakat.
Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan
kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan
tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan
oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri
generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
·
• kaya
maklumat (termasuk sains dan teknologi)
·
• kekuatan
minda (krestif dan proaktif)
·
• nilai-nilai
luhur dan murni (termasuk penyayang)
·
• semangat jati
diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
·
• ketrampilan
Untuk menentukan kehendak
ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan
guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
·
• menguasai
subjek (kandungan kurikulum)
·
• mahir dan
bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
·
• memahami
perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
·
• memahami
psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
·
• memiliki
kemahiran kaunseling
·
• menggunakan
teknologi terkini
• • dapat menyaring
dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
·
• boleh
bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
·
• memiliki
keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
Satu agenda dalam program
pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan
Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang
meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi
ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri
Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah
guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa.
" Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan.
Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna
dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan
tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar
dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh
asas kewujudan kita." (1997)
Merujuk kepada cabaran besar di
atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan
peranan berikut secara komited dan ikhlas:
a.
a. Membina Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik ialah
menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan
semasa, seperti:
· • Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya
mengorak langkah dan
menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan
teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk
pelbagai bidang dan menjadi mekanisme
urusan harian.
·
• Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda
untuk melahirkan pelajar-pelajar
untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
· • Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang
luwes – Para pendidik seharusnya mempunyai
kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain
teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut
kadar pembelajaran (pace of learning)
untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan
perkembangan semasa berdasarkan
keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four
Pillars of Learning iaitu:
@
Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu) @ Learning to do (Belajar untuk
menguasai kemahiran)
@ Learning to be (Belajar untuk
menjadi insan berguna)
@ Learning to live together (Belajar
untuk harmoni dan bekerjasama)
· • Menerapkan nilai-nilai
murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting
dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian negara.
· • Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri – melahirkan generasi untuk pasaran
tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan
kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang
kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan
keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan
masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan
berpandangan jauh ke hadapan.
a.
a. Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat
menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak
dan nilai-nalai murni.
Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak
masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek
teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan
ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk
membudayakan masyarakat
Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan
membentuk masyarakat madani. Dalam merancang
pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
o
o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan
perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan
masyarakat
o
o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi
o
o
Sistem sosial yang cekap dan saksama
serta perlaksanaan pemerintahan mengikut
undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
o
o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani
Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat
melahirkan warga negara
yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri,
memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh,
kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
Kesimpulan
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik
dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan
yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia,
dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi
alaf baru, abad ke-21.
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf
dimuat turun pada 25 Feb 2013 jam 01:14:56am
dimuat turun pada 25 Feb 2013 jam 01:14:56am